Assalamualaikum. Welcome to my online diaries. I'm just a simple girl with a lot of stories. Love myself so much :)

29 April 2012

sakai laut ._____.

        assalammualaikum dan selamat sejahtera readers *gaya ketua kelas bagi salam kat cikgu*  dah lama kan aku tak updated belog ? k, lama lah sangat. senanye aku tak idea nak taip pasal apa. banyak tu banyak. tapi semuanya yang berkaitan dengan life aku kat sekolah. pasal kawan lah pasal crush lah err, terlepas sudah. hehe *buat muka comel* aku tak nak updated entry lebih'2 pasal life aku kat sekolah. kang aku cakap pasal orang ni, orang tu terasa. cukup ah aku dah banyak bergaduh kat sekolah. yang pasal crush tu, erm, adalah. aku tak boleh bagi tahu. hanya aku dan allah saja yang tahu. bestfrends aku indah pun tak tahu. even, selama ni semua rahsia aku bagitahu dia. tapi pasal crush'2 ni, i'll never tell sesiapa pun. that's my secret and ALWAYS be my secret :) terserah korang lah nak cakap aku ni apa. especially orang yang tak suka aku tu. ni hati aku, terserah aku lah nak suka siapa. even crush aku tak tahu yang aku tuttt dia, nvm, i dont care at all. *lap air mata yang hampir gugur* k aku tipu. tak da ah sampai nak nangis bagai. bodoh namanya tu.
        
         sebenarnya tu bukan benda yang aku nak cerita kali ni. kali ni aku nak cerita pasal 280412. time uh aku keluar dengan kakak aku. dengan anak dia sekali. kitorang naik bas *maklumlah kakak aku tak pandai bawak kereta, nama je dah ambik kursus tapi hampeh* naik bas sampai LRT titiwangsa. driver bas tu cakap dia tak boleh masuk KL sebab ada perhimpunan kotor oppps imean PERHIMPUNAN BERSIH. jangan marah naaaa :) k, senanye aku bingit. tak pasal'2 kena naik transport beberapa kali sebab that perhimpunan. sampai KL aku ingat perhimpunan tu dah habis. so, nothing to be worried. jam berapa entah masa tu, aku and kakak aku makan pizza kat area sogo uh. niat sebenar nak pergi Sogo sebab kakak aku nak cari kasut kerja dia. 

        unfortunately, sogo tutup sebab that _|_ perhimpunan. jangan marah eh. siapa jadi aku kompom bingit. time uh polis banyak gila ah. tak terkira dek jari tangan tambah jari kaki *broken BM* . disebabkan Sogo tutup, aku and kakak aku ingat nak pergi pasar malam. tapi..... banyak kedai dah tutup. maybe dorang takut. time aku tengah beli rojak, aku terdengar tuan tanah rojak tu tengah cakap dengan kawan dia pasal perhimpunan tu. aku tak dengar sangat, sebab bising. aku just dengar yang polis mengamuk sebab seorang anggota polis mati ditembak oleh  si kuning. and satu pistol polis hilang. maybe kena curik kot. and tiga orang awam mati sebab peluru sesat. aku tak tahulah betul ke tidakk. mana tahu aku salah dengar ke. tapi kalau betullah, memang kesian ah. because only that perhimpunan, ada yang terkorban. hope benda tu tak betul. and you know what ? aku nampak sendiri dengan mata kepala aku yang ada anggota polis mengamuk. lebih kurang cenggini ah adegan dia. si kuning sedang duduk kat kedai makan kot. then, polis tu bawak kayu or else. tapi aku rasa kayu kot. dia pukul meja yang si kuning duduk tu. aku tak tahu pasal apa. something happen ah tu. gila ah time tu. kaki aku dah menggigil kot. aku takut benda buruk berlaku kat situ. aku tak kesah senanye. tapi jangan something bad berlaku depan mata aku. aku tak boleh hal'2 cenggini. tak pasal'2 aku kena penyakit parkinson *broken BM again* 
   
          time uh banyak dah kedai tutup sebab polis suruh. so, aku and kakak aku decided nak balik je ah. esok'2  je ah cari kasut dia uh. tapi kitorang tak tahu nak keluar KL acano. kitorang takut bertembung dengan si kuning. alhamdullilah, kitorang jumpa jugak bas. senanye kitorang nak ambik cab pergi sentul, tapi takde ah pulak. tetibe ada bas 79 pergi ampang. aku cakap dengan kakak aku. naik je ah bas tu. pergi rumah mak aku aka rumah aku. asalkan aku keluar dari KL tu. k, kitorang pun naik. dalam bas, kakak aku cakap better kitorang turun ampang park then naik cab pergi sentul. aku fikir pun better macam tu dari menyusahkan diri pergi ampang. sampai ampang park, kakak aku pergi beli susu anak dia, beli contact lense dia bagai. lepas tu, anak buah aku nak makan ice cream pulak. memang masa yang tepat sebab kat Ampang Park tu ada Tutti Frutti. memang dah berkurun aku teringin makan benda alah ni. so, kakak aku dengan baik hati nya nak belanja aku. aku pun time tu, ohmaiiiiiii. kakak aku cakap, ambik ah apa yang kau nak. aku time tu dah jadi jakun. tak tahu nak ambik apa. alah, biasa ah tu. first time. dah bayar Tutti Frutti tu, niat nak makan kat situ. tetibe aku nampak orang Bersih 3.0. disebabkan trauma, aku ajak kakak aku balik. aku takut si kuning berhimpun kat situ bawak rombongan meminang. better kitorang blah dari terstuck kat situ. 

ni ah rupa Tutti Fruttiyang aku makan. simple je :)
         
         15 minutes menunggu teksi *sambil makan Tutti Frutti*
akhirnya, aku sampai jugak rumah kakak aku. dengan tak tukar bajunya, aku terus on lappy. tapi tak ah terus updated belog ni. jujur aku cakap. sekarang aku tak mandi lagi :3 kbaiiiiiii.

Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

21 April 2012

jangan lupakan persahabatan kita :')

        assalammualaikum :) kayy, aku malas nak cakap banyak. first of all, aku nak mintak maaf kat someone ni. pasal apa korang tak payah tahu lah. dear SOMEONE, aku nak mintak maaf pasal hari isnin masa tu. time tu sumpah aku bingit gila. that's why lah aku tinggalkan kau sengsorang. then, kita dah berbaik semula kan ? kayy, problem tu dah settle dah. tapi aku sedih dohhh. genk yang kita wujudkan time form 1 dulu macam dah takde. ye ahhh, kalau dulu, cikgu tak datang, kita lepak sesama. tapi sekarang.... korang lepak dengan orang lain. kita pun dah tak share cerita kita sesama. aku bukan jeles, tapi aku sedih. aku sekarang dah menyampah tengok budak tu. patutnya lelaki kawan lah dengan lelaki. ni takk. aduiiii..

      aku tak salahkan korang 100%. aku lebih kepada salahkan budak lelaki tu. aku menyampah gila tengok dia. dia tu PERAMPASSSS !! k, stop it. lebih banyak aku bercerita, hati aku bertambah sakitt ! k cau !
Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

6 April 2012

kawan sejati :'(

         assalamualaikum pembuka bicara :) dah lama kan aku tak update belog buruk ni ? k, sangat lama. i know that -,-' aku dah lama tak bukak belog ni sebab aku semakin sibukk. sibuk dengan kerja  yang melambak kat ofis tu. biasalah kerja sebagai CEO ni. memang penat fuhhh ! *lap peluh*. T______________T haha ! kuat perasan betul aku ni. PMR pun tak lepas lagi. ada hati nak jadi CEO. k, siapa yang tak kenal aku mesti ingat aku ni burma kan ? cakap tak serupa bikin. k, meh sini aku cerita. yang CEO segala tu semuanya adalah rekaan semata'2. tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. k, stop it. aku semakin merapu.

         dari tajuk entry ni korang pun dah tahu kan ? so ? what's the problem ? hah ? tak dengar ah. cakap kuat sikit. ouh k ~ aku dah dengar. korang nak dengar kejadian yang berlaku di sebalik topik tu. k, aku cerita. start now ! ONCE UPON A TIME, THERE IS A PRINCESS WHO IS MOST BEAUTIFUL IN THE WORLD. AND HER NAME IS LAILAWATI BINTI ZULKIFLI. T__T. haha  ! korang mesti bingit kan dengan aku ? kalau bingit korang boleh beeeeeeeelah dari sini. *k joke *.

        k, aku nak cerita lah ni. cakap pasal kawan, memang senang nak cari kawan. tapi, kalau nak cari kawan sejati. pedehhhhh, susah beb ! k, maybe aku dah jumpa kawan sejati aku. nak tahu tak kenapa aku panggil dorang kawan sejati aku ? nak ? okenggg ! aku cerita.  ------ > masa hari Rabu - 4 April 2012 -  masa tu, ada something happen to me. benda ni berlaku selepas waktu rehat. k, first of all, aku ada order pencil box kat Azila. Indah and Zehroq pun ada order sekali. tapi warna pencil box tu Azila ang pilih. and kitorang kena cepar ah kalau nak warna yang cantik. so, masa hari rabu tu Azila bawak. masa tu Azila, Zehroq and Indah naik kelas awal. aku naik lambat. rasa niat dorang memang nak tunggu aku. tapi, ermmmm. Azila time tu berdiri kat tempat Hidayat, aku masih lagi kat tempat Yi Lin. then, Zehroq and Indah dah rebut dulu pencil box tu. dorang kompom pilih warna yang cantik. aku pulak dapat warna yang aku tak berkenan even ramai yang cakap cantik. aku tak kesah kalau aku dapat pencil box tu kalau aku betul'2 rebut. ni tak, aku sampai'2 je tinggal pencil box tu. siapa yang tak bingit ?

         k, start situ aku dah bingit. aku dah tak bercakap dengan dorang pun. sebab aku kecewa ah. aku belajar semua sorang'2. time tu sumpah sunyi gilaa ah ! sampai ah subjek BM aku sedih tahap gaban. kena pulak cikgu BM aku tak datang. Zehroq, Azila, Sheila semua tu lepak tempat Zehroq. Indah, first'2 buat kerja apa ntah then dia pergi sana. dorang semua gelak'2 kat situ. aku duduk sorang'2 kat tempat aku macam orang bodoh :'( kalau tempat aku jauh dari dorang takpa ah jugak. ni dekat. lagi ah aku sedih. mula'2 aku buat folio KH. sebab aku takda kawan nak bercakap. then, aku dengar dorang semua gelak'2 and plan nak lepak rumah Azila segala. aku rasa dipinggirkan tahu tak ? time tu aku dah tahan dah. mata aku dah  penuh dengan air mata. aku dah tak nampak tulisan folio KH tu dah. apa lagi, aku tutup ah muka aku macam orang tidur sambil duduk tu ah. *entah apa nama dia*. then sheila datang dengan lawak dia segala kat tempat aku. aku nak angkat muka tak boleh, sebab mmata aku dah kuyup.

         lepas sheila pergi, aku dengar suara Zehroq and Azila. dorang tanya ah aku kenapa semua. dengar suara dorang, air mata aku lagi banyak mengalir. aku dah teresak'2 kat situ. aku dah tak kisah dah kalau budak lelaki tengok. especially si Sulton And Fathur tu -,-' dah lama'2 sikit, aku dengar suara Azila je. Azila pujuk pujuk pujuk pujuk pujuk and pujuk aku. dia suruh aku berhenti menangis segala. dia cakap ramai yang tengok time tu. and dia ajak aku pergi tandas suruh cuci muka. mula'2 aku tak nak bangun, aku nak macam tu sampai balik. sebab dengan cara tu aku jadi tenang. tapi aku pikir lepas tu science and cikgu datang. aku tak nak ah cikgu tengok. cukup lah dengan kelas 2 Amanah. aku ikut ah cakap Azila. then kitorang pun pergi tandas. kat tandas aku cerita ah semuanya. aku cakap yang dorang pinggirkan aku semua. balik dari tandas mata aku sumpah bengkak. sakit pun ada. tapi aku tak kesah. asalkan persahabatan aku dengan Zehroq, Indah and Azila berkekalan :'(

          k, semuanya kembali seperti biasa. kitorang borak sama'2 semua tu lah. and korang nak tahu tak aku dapat pencil box yang macamana ? aku dapat pencil box yang Indah dapat. Indah sanggup tukar dengan aku. k, tu baru kawan sejati namanya. btw,aku tahu time ni aku childish sebab menangis pasal pencil box. tapi korang tak rasa apa yang aku rasa. lantak korang ah nak cakap apa. life aku kan ? :D  kbaii.

       
Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir