Assalamualaikum. Welcome to my online diaries. I'm just a simple girl with a lot of stories. Love myself so much :)

20 December 2012

Menggila dengan mereka :-*




Okayy sekarang aku tak payah taip salam secara manual lagi. Sebab dah ada yang manual kat atas tu. Muehehe. Eh aku tak nak cerita pasal tu lah. Hm semalam dengan hari ni (19.12.2012) (20.12.2012) aku dengan zehroq pergi rumah zila. Act, kitorang menggedik je pergi rumah dia. Rindu. Then tetibe datang syaitan hasut kitorang suruh tangkap-tangkap gambar. Mehehe. Em thanks to zehroq sebab dah derma dia punya camera dengan phone dia untuk sesi "photoshoot" ni. Muehehe. Ok aku tak nak cakap banyak. Kau tengok je lah gambar-gambar ni sendiri :) 



Duckface kami comel :***




I love you Amir. Mmuuaahh :*
Me with Azila. Pendek kan dia ? Hahaha ish aku ni -.-



Hai kami lesboo :-*


Aku dengan Zehroq. Haha dia comel sikit. Aku comel banyak x3




Candid. Comelnya aku. bhahahaha lol.




Bestpwen porebahh :* Indah takde :'(




Datang utk spbt. Tapi takde. Ok thanks cikgu -.-
Ok dorang kiut -.-

Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

19 December 2012

Betul ke tu untuk aku ? :3



Assalamualaikum :) Ok sebenarnya hari ni aku tak nak cerita apa-apa yang penting pun. Cuma cerita biasa. Em tadi aku check aku punya bloglists. satu-satu blog yang aku follow aku check. Mana yang dah tak aktif tu, aku unfollow. Semak kot. Then bila aku check someone's blog ni, aku punya dashboard tu boleh tengok semua entry apa yang owner blog tu pernah buat. Whether yang dah kene delete ke belum. Ada satu entry ni owner dia dah delete. Tapi aku punya pandai aku boleh baca. Stalker terhebat lah katakan. Haha. Act, aku rasa entry tu macam ada kene mengene dengan aku. Tapi tak tahu lah. Aku pun was-was lah sama ada dia cakap about me atau kawan aku. Hahaha kalau pasal aku, itu lawak. Em tapi aku tak marah pun sebenarnya. Dia bukan cakap benda yang negatif dalam entry tu. Tapi entah laa. Aku rasa memang untuk aku. Eh tapi tak tahulah. Tapi bila baca balik semua tu, aku rasa geli ketiak weh. Sebab dalam entry tu dia cakap dia ingat sebelum kenal aku atau kawan aku *antara dua* sombong, poyo and whatsoever. Tapi bila dah kenal, sebenarnya baik. Okayy. Comel. Tinggi and blablabla. Tapi kalau lah entry tu untuk aku, rasa kembang bontot pun ada. Hikhok. Even benda ni aku rasa awal tahun masa tu. Dah lama dah pun. Tapi aku baru terjumpa. Ok kalau lah entry tu untuk aku, thanks sangat sebab dah tak berprasangka buruk lagi kat aku. Well memang perangai aku kalau dengan stranger, aku akan jadi sombong gila gila ah. Tapi kalau dah kenal, hambik kau. Macam orang gila. Ok. By the way. Love you! Xoxo. BYE!




Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

31 October 2012

My Brother's Wedding



assalamualaikum w.t.b readers. berdirinya saya disini kerana ingin bercerita tentang perkahwinan abang saya yang bernama sukri anuar bersama pasangannya, mita rasmila binti............ hmmm entah. aku pun tak tahu. hahahaha. k serious aku tak tahu.  eh, ada gaya macam host tak ? hehehe kompom takde kan. k fine..... today aku tak nak story pasal life aku. pasal amir ke apa ke. aku nak story pasal abang tercinta aku. yang rapat dengan aku. hmm now dah tak boleh rapat-rapat dah. sebab dia dah ada isteri. k even benda ni menggembirakan, but for me, aku tak berapa happy. i dont know why. jealous pun ada jugak. hmmm aku takut abang aku lupa aku. aku takut dia akan ingat isteri dia jeee. ahhh !!!!! aku cuma boleh berdoa isteri abang aku tak jadi perampas then amik abang aku dari aku ! k forget that. kita bercerita about hari bersejarah ni je la k.

 abang aku selamat diijab kabulkan pada hari yang mulia iaitu 26 october 2012. see, hari yang mulia sebab hari raya aidiladha. abang aku dinikahkan lepas sembahyang jumaat. lepas TIGA kali lafaz, baru dia sah jadi suami orang. hahahahaha TIGA kali beb! eh aku malas ah nak taip pepanjang. biarlah gambar bercerita k ? :')

empat beradik. see! aku paling tinggi dan aku lah yang paling bongsu. hahaha x)


setelah selesai majlis akad nikah.


nampak tak muka gabra abang aku. goyang letteww nak nikah. 


one happy family. ni lah keluarga aku. love them ! :')

SELAMAT PENGANTIN BARU :)





Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

29 April 2012

sakai laut ._____.

        assalammualaikum dan selamat sejahtera readers *gaya ketua kelas bagi salam kat cikgu*  dah lama kan aku tak updated belog ? k, lama lah sangat. senanye aku tak idea nak taip pasal apa. banyak tu banyak. tapi semuanya yang berkaitan dengan life aku kat sekolah. pasal kawan lah pasal crush lah err, terlepas sudah. hehe *buat muka comel* aku tak nak updated entry lebih'2 pasal life aku kat sekolah. kang aku cakap pasal orang ni, orang tu terasa. cukup ah aku dah banyak bergaduh kat sekolah. yang pasal crush tu, erm, adalah. aku tak boleh bagi tahu. hanya aku dan allah saja yang tahu. bestfrends aku indah pun tak tahu. even, selama ni semua rahsia aku bagitahu dia. tapi pasal crush'2 ni, i'll never tell sesiapa pun. that's my secret and ALWAYS be my secret :) terserah korang lah nak cakap aku ni apa. especially orang yang tak suka aku tu. ni hati aku, terserah aku lah nak suka siapa. even crush aku tak tahu yang aku tuttt dia, nvm, i dont care at all. *lap air mata yang hampir gugur* k aku tipu. tak da ah sampai nak nangis bagai. bodoh namanya tu.
        
         sebenarnya tu bukan benda yang aku nak cerita kali ni. kali ni aku nak cerita pasal 280412. time uh aku keluar dengan kakak aku. dengan anak dia sekali. kitorang naik bas *maklumlah kakak aku tak pandai bawak kereta, nama je dah ambik kursus tapi hampeh* naik bas sampai LRT titiwangsa. driver bas tu cakap dia tak boleh masuk KL sebab ada perhimpunan kotor oppps imean PERHIMPUNAN BERSIH. jangan marah naaaa :) k, senanye aku bingit. tak pasal'2 kena naik transport beberapa kali sebab that perhimpunan. sampai KL aku ingat perhimpunan tu dah habis. so, nothing to be worried. jam berapa entah masa tu, aku and kakak aku makan pizza kat area sogo uh. niat sebenar nak pergi Sogo sebab kakak aku nak cari kasut kerja dia. 

        unfortunately, sogo tutup sebab that _|_ perhimpunan. jangan marah eh. siapa jadi aku kompom bingit. time uh polis banyak gila ah. tak terkira dek jari tangan tambah jari kaki *broken BM* . disebabkan Sogo tutup, aku and kakak aku ingat nak pergi pasar malam. tapi..... banyak kedai dah tutup. maybe dorang takut. time aku tengah beli rojak, aku terdengar tuan tanah rojak tu tengah cakap dengan kawan dia pasal perhimpunan tu. aku tak dengar sangat, sebab bising. aku just dengar yang polis mengamuk sebab seorang anggota polis mati ditembak oleh  si kuning. and satu pistol polis hilang. maybe kena curik kot. and tiga orang awam mati sebab peluru sesat. aku tak tahulah betul ke tidakk. mana tahu aku salah dengar ke. tapi kalau betullah, memang kesian ah. because only that perhimpunan, ada yang terkorban. hope benda tu tak betul. and you know what ? aku nampak sendiri dengan mata kepala aku yang ada anggota polis mengamuk. lebih kurang cenggini ah adegan dia. si kuning sedang duduk kat kedai makan kot. then, polis tu bawak kayu or else. tapi aku rasa kayu kot. dia pukul meja yang si kuning duduk tu. aku tak tahu pasal apa. something happen ah tu. gila ah time tu. kaki aku dah menggigil kot. aku takut benda buruk berlaku kat situ. aku tak kesah senanye. tapi jangan something bad berlaku depan mata aku. aku tak boleh hal'2 cenggini. tak pasal'2 aku kena penyakit parkinson *broken BM again* 
   
          time uh banyak dah kedai tutup sebab polis suruh. so, aku and kakak aku decided nak balik je ah. esok'2  je ah cari kasut dia uh. tapi kitorang tak tahu nak keluar KL acano. kitorang takut bertembung dengan si kuning. alhamdullilah, kitorang jumpa jugak bas. senanye kitorang nak ambik cab pergi sentul, tapi takde ah pulak. tetibe ada bas 79 pergi ampang. aku cakap dengan kakak aku. naik je ah bas tu. pergi rumah mak aku aka rumah aku. asalkan aku keluar dari KL tu. k, kitorang pun naik. dalam bas, kakak aku cakap better kitorang turun ampang park then naik cab pergi sentul. aku fikir pun better macam tu dari menyusahkan diri pergi ampang. sampai ampang park, kakak aku pergi beli susu anak dia, beli contact lense dia bagai. lepas tu, anak buah aku nak makan ice cream pulak. memang masa yang tepat sebab kat Ampang Park tu ada Tutti Frutti. memang dah berkurun aku teringin makan benda alah ni. so, kakak aku dengan baik hati nya nak belanja aku. aku pun time tu, ohmaiiiiiii. kakak aku cakap, ambik ah apa yang kau nak. aku time tu dah jadi jakun. tak tahu nak ambik apa. alah, biasa ah tu. first time. dah bayar Tutti Frutti tu, niat nak makan kat situ. tetibe aku nampak orang Bersih 3.0. disebabkan trauma, aku ajak kakak aku balik. aku takut si kuning berhimpun kat situ bawak rombongan meminang. better kitorang blah dari terstuck kat situ. 

ni ah rupa Tutti Fruttiyang aku makan. simple je :)
         
         15 minutes menunggu teksi *sambil makan Tutti Frutti*
akhirnya, aku sampai jugak rumah kakak aku. dengan tak tukar bajunya, aku terus on lappy. tapi tak ah terus updated belog ni. jujur aku cakap. sekarang aku tak mandi lagi :3 kbaiiiiiii.

Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

21 April 2012

jangan lupakan persahabatan kita :')

        assalammualaikum :) kayy, aku malas nak cakap banyak. first of all, aku nak mintak maaf kat someone ni. pasal apa korang tak payah tahu lah. dear SOMEONE, aku nak mintak maaf pasal hari isnin masa tu. time tu sumpah aku bingit gila. that's why lah aku tinggalkan kau sengsorang. then, kita dah berbaik semula kan ? kayy, problem tu dah settle dah. tapi aku sedih dohhh. genk yang kita wujudkan time form 1 dulu macam dah takde. ye ahhh, kalau dulu, cikgu tak datang, kita lepak sesama. tapi sekarang.... korang lepak dengan orang lain. kita pun dah tak share cerita kita sesama. aku bukan jeles, tapi aku sedih. aku sekarang dah menyampah tengok budak tu. patutnya lelaki kawan lah dengan lelaki. ni takk. aduiiii..

      aku tak salahkan korang 100%. aku lebih kepada salahkan budak lelaki tu. aku menyampah gila tengok dia. dia tu PERAMPASSSS !! k, stop it. lebih banyak aku bercerita, hati aku bertambah sakitt ! k cau !
Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

6 April 2012

kawan sejati :'(

         assalamualaikum pembuka bicara :) dah lama kan aku tak update belog buruk ni ? k, sangat lama. i know that -,-' aku dah lama tak bukak belog ni sebab aku semakin sibukk. sibuk dengan kerja  yang melambak kat ofis tu. biasalah kerja sebagai CEO ni. memang penat fuhhh ! *lap peluh*. T______________T haha ! kuat perasan betul aku ni. PMR pun tak lepas lagi. ada hati nak jadi CEO. k, siapa yang tak kenal aku mesti ingat aku ni burma kan ? cakap tak serupa bikin. k, meh sini aku cerita. yang CEO segala tu semuanya adalah rekaan semata'2. tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. k, stop it. aku semakin merapu.

         dari tajuk entry ni korang pun dah tahu kan ? so ? what's the problem ? hah ? tak dengar ah. cakap kuat sikit. ouh k ~ aku dah dengar. korang nak dengar kejadian yang berlaku di sebalik topik tu. k, aku cerita. start now ! ONCE UPON A TIME, THERE IS A PRINCESS WHO IS MOST BEAUTIFUL IN THE WORLD. AND HER NAME IS LAILAWATI BINTI ZULKIFLI. T__T. haha  ! korang mesti bingit kan dengan aku ? kalau bingit korang boleh beeeeeeeelah dari sini. *k joke *.

        k, aku nak cerita lah ni. cakap pasal kawan, memang senang nak cari kawan. tapi, kalau nak cari kawan sejati. pedehhhhh, susah beb ! k, maybe aku dah jumpa kawan sejati aku. nak tahu tak kenapa aku panggil dorang kawan sejati aku ? nak ? okenggg ! aku cerita.  ------ > masa hari Rabu - 4 April 2012 -  masa tu, ada something happen to me. benda ni berlaku selepas waktu rehat. k, first of all, aku ada order pencil box kat Azila. Indah and Zehroq pun ada order sekali. tapi warna pencil box tu Azila ang pilih. and kitorang kena cepar ah kalau nak warna yang cantik. so, masa hari rabu tu Azila bawak. masa tu Azila, Zehroq and Indah naik kelas awal. aku naik lambat. rasa niat dorang memang nak tunggu aku. tapi, ermmmm. Azila time tu berdiri kat tempat Hidayat, aku masih lagi kat tempat Yi Lin. then, Zehroq and Indah dah rebut dulu pencil box tu. dorang kompom pilih warna yang cantik. aku pulak dapat warna yang aku tak berkenan even ramai yang cakap cantik. aku tak kesah kalau aku dapat pencil box tu kalau aku betul'2 rebut. ni tak, aku sampai'2 je tinggal pencil box tu. siapa yang tak bingit ?

         k, start situ aku dah bingit. aku dah tak bercakap dengan dorang pun. sebab aku kecewa ah. aku belajar semua sorang'2. time tu sumpah sunyi gilaa ah ! sampai ah subjek BM aku sedih tahap gaban. kena pulak cikgu BM aku tak datang. Zehroq, Azila, Sheila semua tu lepak tempat Zehroq. Indah, first'2 buat kerja apa ntah then dia pergi sana. dorang semua gelak'2 kat situ. aku duduk sorang'2 kat tempat aku macam orang bodoh :'( kalau tempat aku jauh dari dorang takpa ah jugak. ni dekat. lagi ah aku sedih. mula'2 aku buat folio KH. sebab aku takda kawan nak bercakap. then, aku dengar dorang semua gelak'2 and plan nak lepak rumah Azila segala. aku rasa dipinggirkan tahu tak ? time tu aku dah tahan dah. mata aku dah  penuh dengan air mata. aku dah tak nampak tulisan folio KH tu dah. apa lagi, aku tutup ah muka aku macam orang tidur sambil duduk tu ah. *entah apa nama dia*. then sheila datang dengan lawak dia segala kat tempat aku. aku nak angkat muka tak boleh, sebab mmata aku dah kuyup.

         lepas sheila pergi, aku dengar suara Zehroq and Azila. dorang tanya ah aku kenapa semua. dengar suara dorang, air mata aku lagi banyak mengalir. aku dah teresak'2 kat situ. aku dah tak kisah dah kalau budak lelaki tengok. especially si Sulton And Fathur tu -,-' dah lama'2 sikit, aku dengar suara Azila je. Azila pujuk pujuk pujuk pujuk pujuk and pujuk aku. dia suruh aku berhenti menangis segala. dia cakap ramai yang tengok time tu. and dia ajak aku pergi tandas suruh cuci muka. mula'2 aku tak nak bangun, aku nak macam tu sampai balik. sebab dengan cara tu aku jadi tenang. tapi aku pikir lepas tu science and cikgu datang. aku tak nak ah cikgu tengok. cukup lah dengan kelas 2 Amanah. aku ikut ah cakap Azila. then kitorang pun pergi tandas. kat tandas aku cerita ah semuanya. aku cakap yang dorang pinggirkan aku semua. balik dari tandas mata aku sumpah bengkak. sakit pun ada. tapi aku tak kesah. asalkan persahabatan aku dengan Zehroq, Indah and Azila berkekalan :'(

          k, semuanya kembali seperti biasa. kitorang borak sama'2 semua tu lah. and korang nak tahu tak aku dapat pencil box yang macamana ? aku dapat pencil box yang Indah dapat. Indah sanggup tukar dengan aku. k, tu baru kawan sejati namanya. btw,aku tahu time ni aku childish sebab menangis pasal pencil box. tapi korang tak rasa apa yang aku rasa. lantak korang ah nak cakap apa. life aku kan ? :D  kbaii.

       
Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

20 March 2012

story of heart by today

assalammualaikum w.t.b u olls. semua sihat ? apaa ? tak sihat ? ada aku kesah ? tak ada kan ? *kjoke*. dah lama kan laila tak updated belog. dah berhabuk dah ni. fuhh,fuhhh *tiup screen lappy* berhabuk kan ? hehehe xD laila memang sewel sekarang ni. laila malaslah nak mengarang idea banyak'2 ni. so, laila straight to the point je lahh eh. lagi pun laila sekarang ni tengah tak ada mood ni.

      k, dari tajuk pun korang dah tahu kan ? senanye, apa yang berlaku kat laila tak ada yang special pun. just nak cakap pasal exam jee. exammmm, ohh~ errr~ erm~ results exam laila, alhamdullilah. so far soo good. tak ada gred C lagi. just B and A jee. berapa A tu rahsialah. apa ? nak tahu ? tak boleh. tak bolehlahhh. ishhh, budak ni.. orang cakap tak boleh, tak bolehlahh. cepukkk kangg. LOL. hahaha.

      story pasal exam laila dah bagi tahu. pasal apa pulak yerkkk ? ermmm, hahhhhhh ! dah tahu dah *menarichickendance* . pasal kem pengawas. hari jumaat ni laila ada kem pengawas dekat Hulu Langat. tapi nama tempat dia aku tak tahu. entahlahh, macam best. tapi aku macam tak semangat je nak pergi. sebab kem ni tak ada INDAH. indah tak ada. tak syoookkk arr :'( sokayyy, dyan and safirah kan ada. cool apa kalau dgn dorang :) tapi semua nya berlaku dgn cepat. aku baru tahu kem tu minggu ni and aku tak prepare satu haprak pun. baguss kan ? contohilah laila.

      k arrr. sampai sini jelah kot story aku. aku penadd ni. before that, terimalah sebuah gambar terbaru laila. hehehe :D
aku memang buat muka comelll :3

Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

10 March 2012

assalamualaikum w.t.b. apa khabar semua ? apa ? baikk ? alhamdullilah. kayyy semua :) hari ni laila tak nak cakap banyak. biarkan gambar bercerita. gambar ni sebenarnya laila ambik masa balik sekolah tadi. guna webcam laptop jee :'D *sedih*. sokayyy, let's start now :)

mulut aku gedik :3

muka mintak penyepak :]

jangan tanya aku ambik gambar ni guna tangan atau kaki :)

muka budak sakai =,='

Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

4 March 2012

omg ! exam on 6 March.

assalamualaikum w.t.b. entah kenapa laila semakin rajin nak update belog :) maybe sebab dah banyak benda yang bersarang di kepala otak ni kottt :3 erm... kali ni laila nak post pasal exam. laila akan menduduki ujian fasa 1 pada 6 March nanti. dari tajuk kat atas tu pun korang dah tahu en ? buat apa laila nak bagi tahu lagi. betul tak ? *ayat berterabur*

         kayyy, cakap pasal exam, laila rasa ramai yang tak suka exam. betul tak ? siapa yang exxcited sangat bila exam ni, laila tak tahu lah apa nak jadi. hehe :3 maybe orang tu dah terlampau pandai so dia tak sabar nak menunjukkan kepandaian dia tu. *ayat macam kelingggggg*. laila memang tak sukaaa exam. sebab apa jangan tanya lah. sebab laila rasa semua orang tahu apa jawapannya. siapa yang tak tahu tu mehh laila bagitahu. exam tak disukai sebab----- kena baca buku especially subject yang melibatkan fakta seperti Sejarah and Geografi *dahlah buku tebal nak mampuihhh*. kalau exam boleh tengok buku, laila rasa laila lah orang yang terlompat-lompat *beruk* bila ada exam.

           bila exam, semua muka ketattt+blur gila termasuk laila. betul tak ? bila dah lepas ambik exam, ya Allah, muka tu kalau boleh nak senyum sampai nak tercabut pipi tu aku tengokknya. and nak tahu tak bila muka tu kembali ketattt nya ? time dapat results lah. nak'2 lagi subject yang susah tu. memang muka stresss je. muka macam nak bunuh diri pun ada jugak. tp, kalau dapat A tu... mulalah kembang sana sini. apalagi kalau kita fight dgn someone tu, then markah kita lagi tinggi dari dia. memey arr~ bangga nak mampuss and muka yang fight dgn kita tu, macam nak telan kita pun ada. jeling-menjeling tu tok sahhh cita ahh. laila cerita ni pun berdasarkan pengalaman laila. dah rasa dah semua ni :) laila harap exam kali ni laila akan peroleh keputusan yang memuaskan. insyaallah.
 
           akhir kata, laila doakan kepada yang baca entry kali ni akan memperoleh keputusan cemerlang. okayyyy ? dah lah tu. tak payah terharu sangat. laila just doakan je. hehehe *perasan*. kbhaiiii.

            kejapppppppp, sebelum laila akhiri entry ni. laila nak pesan kat korang yang korang mestilah sediakan barang'2 untuk menjawab exam. barang'2 nya adalah seperti dibawah :)


1- pensil *2b sahaja*
2- pen *biru atau hitam*
3- pembaris
4- pemadam * jangan cari kat atas ni*
5- highlighter
6- correction tape
7- pencil box *kalau takde pencil box, macam mana korang nak letak semua ni hehehe :3

 

           
Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

3 March 2012

merentas desa SMKTP =='

assalamualaikum w.t.b. dah lama en aku tak updated belog ? teramatlah lama. lama ke ? entahlah. senanya aku penatt ni. sebab baru balik drpd merentas desa. *aku lari ke bongek* of coz lah tak. hehe :3
mesti korang cakap macam ni, 'budak ni cakap ada merentas desa, tapi tak lari pulakkk. cakap macam kelingg punya budak. tefakkkkkk'. heyyy ! suka hati cakap kau ja cakap aku tefakkkkk. kayyyy, aku mmg gilaaa hari ni.

      senanya aku tak lari sebab--------- heyyy, suka hati aku lah nak lari ke takkk. yang kau naak sebokkk pahal ?! hahahahaha.... relaxlah, bukan sebab tu senanya. aku tak lari sebab------- cikgu tak kasi :( cikgu tak kasi sebab takut aku injured *cikgu sayang aku aww, don't be jelly tau* haha. aku ni kuat perasan lah. cikgu bukan tak kasi aku je lari, semua budak olahraga cikgu tak kasi. kalau aku tak masuk olahraga, ermmm, jgn harap lah cikgu nak pandang. nak lari sampai patah kaki pun tak kisah, asalkan menang.

      mesti korang ingat best nya tak lari. leh relax'2 kan sekolah drpd kena lari sampai langat yang teramatlah DEKAT tu. pale otakmu ! *kayy, joke* aku kena tunggu dorang sampai macam orang bodoh tahu tak ! siallll je.  lepas tu kena jadi macam polis. tanya sorang'2 form berapa. sebab aku jaga kat tempat P3. penat seyhhh. btw,aku ikhlas taw.

      nvm. let gone be gone. yang penting aku dapat jadi atlet olahraga sekolah. even bukan atlet lari, tapi aku tetap bersyukur. apa ? aku masuk acara apa ? aku masuk ni lah... errr, acara.. erm... kayyy, aku bagi tahu. aku senanya masuk acara lempar cakera jee *malu*. aku lempar tak lah jauh sangat. tapi tak tahu macam mana cikgu pilih. 18 m pun tak sampai *sedih*.
 
      weyhhh, aku post entry macam ni, korang jangan cakap aku berlagak lakk eh ? especially, yang tak suka aku tuu. apa guna ada belog kalau tak boleh nak post apa yang kita rasa. betul takkk ? siapa sokong aku goyang buntut. hahaha~ kayyy lah, aku rasa sampai sini je lah kot entry aku yang macam kelinggg ni. k bhaiiii. assalaamualaikum ! 
Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

28 February 2012

assalamualaikum w.t.b. dah lama kan laila tak update belog yang teramatlah selebet ni kan ? okayyy, actually laila bukan tak ada masa nak post something. tapi, laila tak tahu nak post pasal apa. otak ni dah kekeringan idea mengalahkan kekurangan air kat Afrika :3 eh betul ke Afrika ? ahhh, lantaklah.

       kali ini laila tak nak post perkara yang penting2 pun. just nak....erm.... kayyy, otak dah blank ni.
weyh korang, nak tahu tak..... 6 March nanti en, laila en, ada en,----------- EXAM. goshhhh ! exam ? ni yang laila SUKA ni -,- erm, suka lah sangat. menyampah ada lah T__T. dah lah satu haprak pun tak masuk otak. memang salah laila pun... sebab time cikgu mengajar, laila pun buat sesi pembelajaran sendiri dekat belakang dengan Indah :3

      for this exam, laila tak study lagi satu haprak pun *pengakuan ikhlas woo*. macam mana nak study kalau 24/7 asyik ber-FB jee~ muehehe xD insyaallah esok nak exam, malam tu baru buat revision.

       kayyyyyyyyyyyyyy, stop it ! semakin banyak aku taip, semakin pening korang. sebab ayat aku hari ni macam kolinggg sikit *sikit jeee*. kbhaiiii.
Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

15 February 2012

Bendahara ohhh Bendahara ~

assalammualaikum ! sebenarnya laila takde benda nak post . tp laila akan try utk mengorek idea daripada mana2 shj . ayat mcm kolingggg kan laila ni :3 kesah plak aku ? korang nak taw tak , start minggu ni ken sekolah laila dah start latihan rumah sukan . rumah sukan laila ialah Bendahara (merah) . tak lah kuat sangat . tahun lepas pun dapat nombor satu :) ------------------------------------- TET . dari belakang lahhh hihihih :3 Bendahara tahun ni mmg training setiap  hari selasa . tp sedih dohhhhhhhhhh . semalam laila tak dtg . hmmmp :/ nasib baik dorang buat lompat jauh and tak buat lempar cakera . kalau buat lempar cakera konfirm laila frust tertonggeng-tonggeng -,- even laila tak powerr sgt tp laila suka sgt buat cakera drpd lembing and peluru . menyampah ngan dak dua ekor tuhhhh :3

            actually , semalam laila dah sampai sekolah dah utk latihan rumah sukan tuhhh *semangat . tp laila ni pun stupid pi dtg awal sgt . dah sah-sah lah kawan2 laila tak dtg lagi . so , laila terserempak ngan kawan laila y baru balik kelas ICTL . dorang cakap dorang tak nampak sesapa lagi kat kantin . so laila decided nak ikut dorang turun *al-maklumlah sekolah atas bukit* . laila buat mcm tu sbb laila fikir nnt mungkin selisih ngan y lain masa OTW nak turun tu . tp dah berapa bas y lalu dorang tak de juga . dalam pale otak laila ni ada satu jeee~ nak balik , nak balik and nak balik . dah sampai kat kedai mamak bawah tu , laila terserempak ngan ayah laila . ayah laila ajak minum kedaimamak tu sambil tggu y lain . tp dorang takde jugak . mmg sah-sah laila balik lah .

             and korang nak taw tak kawan2 laila y lain tu dtg ke tak ? * ni y sakit hati ni* jawapannya ------------------ dorang DATANG siotttt ! dorang dtg naik teksi . patut lah aku tak nampak korang eh =,,=' 
sia-sia laila dtg then balik rumah . fvck tol ahhhh ! <-------------- tak ditujukan kpd sesape :) 
takpa , next week laila rasa nak stay je kot kat sekolah . namo benda y sama berlaku lagi *sobsob

                                        sampai sini je lah kot entry laila kali ni . kbhaiiii :*

          
Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

11 February 2012

budak baru masuk sekolah yang kurang ajar !

assalammualaikum . first of all , hari ni sekolah laila ada buat sekolah ganti . ganti apa laila pun tak taw and tak nak ambik taw . sbb laila bkn suka sgt sekolah2 ni hehe :3 tp yang bestnya , hari ni kitorang tak belajar sgt just AG je yang belajar . then lepas rehat form 2 sampai form 5 kena duduk kat dewan sempena Bulan Bahasa . kat dewan , kitorang tgok mcm2 show aww . ada show yang SS and ada show yang mmg syiokkk !

              sebenarnya , laila bkn nak ckp pasal tu . dari tajuk laila pon korang dah taw kan ? camni cerita dia , masa laila dtg sekolah td , kat bawah meja laila ada surat dari budak petang iaitu budak yang share kelas ngan laila a.k.a yang share meja ngan laila . nak taw tak surat ape ? surat kurang ajar gilaa siott !

               actually , mmg laila yang mulakan dulu men surat2 ni . tp laila ckp elok2 je . laila just ckp jgn conteng meja , da takde kertas ke nak tulis ? sbb laila nak tgok lah meja laila sempurna . chehh , no lah tp laila tak nak lah meja tu kotor . dorang siap tulis nama laila lagi kat meja tu . laila taw lah laila ni famous tp kalau cikgu2 laila nampak dorang mesti igt laila yang conteng kan ? so , laila tak nak lah cikgu2 pandang slank ngan laila . laila ckp elok2 dorang mencarut2 lak . tak padan ngan kecik lah korang ni . baru masuk nak bajet hot plak kau ni . fvck ! laila mmg tak taw siapa yang duduk kat situ . tp , laila mmg akan cari budak tu . kalau berani setakat atas kertas baik tak payah dik oiii ! face to face lah . and kalau dorang report kat cikgu , reportlah . laila tak takut k ! laila ada bukti yang kau tu mencarut2 kat aku siaaaaaaa !

              laila ni mmg busy setiap ptg , sbb ada training netball lah , KRS lah and akan bertambah dgn  latihan rumah sukan . so , laila akan jumpa ngan budak kurang ajar ni and akan ajar dorang cakap elok2 skit ngan org yang lebih tua . laila pun tak lah anggap dorang ni junior laila , sbb beza setahun je pun . tp laila tak suka cara dorang tu . and laila nak tengok gak , kalau jumpa nanti berani tak kau nak mencarut dgn aku ? jgn terketaq2 lutut sudalaaa .

               k laaaa , laila rasa smpi sini jee la kot . and laila harap kalau budak 1 Amanah baca ni , dorang akn sedar diri sikit la eh . sory lah aku ckp terus terang nama kelas korang . assalammualaikum . cau !
Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

6 February 2012

assalammualaikum . da lama laila tak update belog ni kan ? belog laila ni pon da jd sarang tikus . alaaa , si jerry la . apa lagi . laila sebenarny da kering idea tahap kemarau da ni . tu la tak taw nak taip pasal ape . hari ni je laila baik hati nak post something . k~ acano pun , cantik tak belog laila y baru laila tukar ni . susah k nak buad walaupun bg y PRO dorg anggap terlalu SIMPLEEEEEE shj . laila ambik masa dua hari taw cari tuto sana sini pasal "mencantikkan blog" kat pak cik google . fuhhh~ penad seyyh . tp , laila puas hati lah dgn belog ni and berazam utk menjdkan belog ini belog y terakhir buad laila and tak jd mcm 5 ke 6 belog y laila buad then hancuskan*winkwink . kayyy~ pasal belog sampai sini shj la kod utk hari ni .  




     hari ni jugak birthday BFF laila iaitu ------> INDAH AHMAD yg ke-41 . ehhhh , tuanya . tak lah umur die 14 tahun lah . indah , if awak bukak belog kite ni , awak mesti taw y kite sayang sangat kat awak . almost 4 tahun kite jd bestfren byk rahsia y telah kite kongsi sama-sama kan . walaupun dulu kite byk lupakan awak and selalu tinggalkan awak and berkawan dgn orang lain and senang cita mcm tak menganggap awak bestfren kite , tp awak sabar jeee . since form 1 baru kita rapat gila tahap gilaa kannnn~ okayyyy . we stop here kayyy . tak leh bg taw public lbih2 . biarlah rahsia~XD and one more thing , awak jgn risau pasal present . walaupun masa tu saya da beli hadiah awak masa tu but tertinggal kat kampung saya , saya da beli present baru da utk awak kayyy sayang ? :*. akhir kata ,
                                                          ILOVEUFUCKINGDAMNMUCH
                                                                                         :* ----> FORR YOU

kbhaiiii  :)
Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

8 January 2012

hah ! sebelum nak looking2 entry laila dulu , jawablah salam laila tu dulu . daa ? bagus . let's start now ! entry kali ni pasal , perangai laila ni . haissh ! ==' it's about , sekolah . sbb daa start sekolah pun laila tak boleh nak tinggal kan lappy ni . nak taw kenapa ? ada homework pun laila boleh usha facebook la twitter la blog laa . teruk kan ? ><' padahal pelajaran tu lagi penting dari semua ni . tp , da mmg adat manusia . mana y lebih have fun akan didahulukan . ye laa , internet ni kan kita boleh usha everything . kalau buku tu takde fun langsung . betul tak ? harapan laila ssupaya laila boleh buang ehhh bukan buang kurangkan tabiat ni sikit . hehehe :D . k laa . sampai sini je la erk . babai .
                   
                                                                      assalammulaikum !



Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

7 January 2012

school life



Entry kali ni laila nak tulis pasal life kat sekolah 2012 laila . sekolah tahun ni so far soo good . takde masalah lagi . just laila rasa tak bebas sgt mcm sekolah sesi petang . kalau sekolah sesi petang , ada mase nak lepak dgn kawan-kawan laila . borak-borak cam dulu tp , kalau sekolah pagi ni takde . masa kitorangg terbatas . tp laila tak tahulah sama ada ni sbb baru masuk sekolah atau mmg tak best . dah lah mase balik sekolah suhu die panas sgt . tp , laila bersyukur sgt kerana diberi peluang untuk merasai zaman persekolahan sbb ade orang y sebaya laila tidak bersekolah kerana masalah kewangan . Alhamdullilah . balik kpd topik kite iaitu school life . sekolah , kalau ade sekolah mesti ade homework kan ? mcm tu jugak la laila . homework laila boleh tahan byk . knp laila ckp byk ? sbb .... laila baru masuk sekolah . and homework y diberi laila anggap byk . bkn laila je y ckp byk taww ! kawan2 laila y lain pun ckp byk . laila rasa smpi sini je laa entry laila kali ni . and for your information , laila ni malas nak taip pnjg2 mcm ni . so , kalau ade entry y pendek2 and korg rasa tak payah nak post pun , maaf laa ye ? korg ? korg mst ckp ape laa bdk ni melalut kan ? kalau kor ckp camtu , korg tak yah la baca k ? :D
                                                                      assalammualaikum !
Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir

2 January 2012




tak jawab dosa taw . inilah saya . seorang budak perempuan y berusia 14 tahun . yeah ! *wink
mengikut nama y diberi oleh kedua ibu bapa saya ialah Lailawati Binti Zulkifli . tp , pggl je lah Laila ^___^ . sebenarnye , ni bkn lah blog pertama saya . ade byk sebenarnye ~ tp , biasalah saya ni bkn reti edit sgt . so , y lame tu hancus ! (0 , ~) lalala ~ y ni insyallah tak . sebagai permulaan , ni lah entry pertama saya bagi blog ni . saya ni bkn lah perfect sgat . so , harap maaf kan lah saya kalau ade terkasar bahasa atau entry y menyinggung perasaan orang lain . untuk diri saya juga , saya akan cuba tidak menggunakan perkataan y KA . *saya ckp awal2 eh ~ one more thing , kalau blog saya ni tak cantik atau lebih tepat lagi tak sedap mata memandang , harap maaf laa ye ? and kalau ade kekurangan , tolong lah ajar dan beri sedikit tunjuk ajar dan saya akan menghargainya dengan sepenuh hati saya :D . saya rasa sampai disini sajalah entry saya utk kali ini . assalammualaikum !

Terima kasih sebab sudi membaca. Mmmuahh! :-* Harap suka walaupun banyak pasal Amir